assalamualaikum saudara saudari sekalian...,
Suatu kesilapan yang sering berlaku dalam masyarakat kita , khususnya di kalangan orang melayu ialah menggangap bahawa mencelupkan kaki ke dalam kolam masjid itu salah . Sebenarnya tiap-tiap air yang lebih daripada dua qullah tidak mengandungi najis berdasarkan satu hadis Rasulullah SAW ,
maksudnya : ''Apabila air sampai dua qullah , maka ia tidak mengandungi sebarang kekotoran najis.''
Berdasarkan hadis ini , maka tidak salah mencelupkan kaki ke dalam kolam selagi air kolam itu melebihi dua qullah dan airnya tidak berubah . Hadis itu juga menerangkan sekiranya najis termasuk ke dalamnya dan air itu tidak berubah , maka air itu masih lagi dianggap suci lagi menyucikan .
~untuk pengetahuan bersama~
No comments:
Post a Comment