Cahaya ilahi adalah blog khas panitia Pendidikan Islam SMK Kuala Telemong.INGATLAHH !! Doa adalah antara ajaran islam terpenting yang menjadi tunjang kepada ajaran akidah islamiah kerana rapatnya hubungan doa dengan kekuasaan Allah SWT. Doa boleh mengubah persepsi hidup seorang insan daripada seorang yang lemah serta tidak berdaya maju menjadi seorang yang bermotivasi tinggi dan berkerja keras.
Thursday, 23 May 2013
IBU BAPA AGEN PENTING PERKEMBANGAN OTAK KANAK-KANAK
SALAM . . .
Berdasarkan pelbagai kajian pakar dan para ilmuwan , ibu bapa perlu memastikan anak - anaknya mendapat pendidikan seawal mungkin , khususnya pembelajaran al-Quran . Para ibu bapa juga hendaklah memahami proses pembelajaran si manja yang berkesan seperti melalui rangsangan , belaian , sentuhan , dan sebagainya .
Interaksi antara ibu bapa dan anak juga merupakan faktor utama yang membantu melahirkan anak pintar serta berkebolehan membaca al-Quran seawal mungkin . Lebih awal ibu bapa berinteraksi dengan anak mereka , lebih bagus untuk perkembangan si anak .
Ramai anak yang cerdas dan pintar didapati mempunyai ibu bapa yang prihatin terhadap keperluan anak dan sering meluangkan masa untuk berinteraksi dengan mereka .
>Melalui kenyataan di atas , dapat kita lihat betapa penting dan utamanya peranan ibu bapa dalam mentarbiah anak-anak khususnya menerusi pengajaran al-Quran ini<
SEKIAN . . .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment