Thursday, 23 May 2013

Sebab-seban doa tidak diterima..

1)Mengenali Allah , tetapi tidak menunaikan suruhan - Nya .

2)Mengatakan cintan kepada Rasul Allah , meninggalkan suruhannya.

3)Membaca al-Quram , tetapi tidak beramal dengannya .

4)Makan nikmat Allah , tetapi tidak bersyukur kepada-Nya .

5)Mengatakan syaitan musuhnya , tetapi tidak menentangnya .

6)Mengatakan syurga itu benar , tetapi tidak beramal untuknnya .

7)Mengatakan neraka itu benar , tetapi tidak lari daripadanya .

8)Mengatakan mati itu benar , tetapi tidak bersedia untuknya .

9)Bangun daripada tidur lalu menceritakan segala keaiban manusia , tetapi melupakan keaiban diri sendiri .

10)Mengebumikan mayat-mayat (sahabat-sahabat) tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka . 
                  
                           ~untuk peringatan bersama~

Qada puasa..

Golongan yang WAJIB Qada Puasa....


1)Orang sakit yang ada harapan sembuh . 

2)Orang yang bermusafir (bukan kerana maksiat) melebihi dua marhalah .

3)Orang yang kedatangan haid dan nifas . 

4)Orang yang meninggalkan niat puasa . 

5)Orang yang sengaja  melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa .

6)Orang yang pitam / mabu ksewaktu bulan Ramadan .

7)Orang yang sangat lapar dan dahaga yang tidak membolehkannya berpuasa Ramadan .

                  
                           ~untuk peringatan bersama~

Mencelup Kaki ke Dalam Kolam..

assalamualaikum saudara saudari sekalian...,


Suatu kesilapan yang sering berlaku dalam masyarakat kita , khususnya di kalangan orang melayu ialah menggangap bahawa mencelupkan kaki ke dalam kolam masjid itu salah . Sebenarnya tiap-tiap air yang lebih daripada dua qullah tidak mengandungi najis berdasarkan satu hadis Rasulullah SAW ,

 maksudnya : ''Apabila air sampai dua qullah , maka ia tidak mengandungi sebarang kekotoran najis.''

Berdasarkan hadis ini , maka tidak salah mencelupkan kaki ke dalam kolam selagi air kolam itu melebihi dua qullah dan airnya tidak berubah . Hadis itu juga menerangkan sekiranya najis termasuk ke dalamnya dan air itu tidak berubah , maka air itu masih lagi dianggap suci lagi menyucikan . 

                  
                           ~untuk pengetahuan bersama~

puasa pada bulan ramadan..

Golongan Yang Terkecuali Berpuasa....

1)Orang yang sakit kerana sekiranya ia berpuasa akan menyebabkan bertambah mudarat atau penyakitnya lambat sembuh ..


2)Orang yang sedang dalam perjalanan yang lebi daripada 56 batu / 91 km . Kalau tidak menyusahkan boleh meneruskan puasa - Ini lebih baik dengan syarat , mula bertolak sebelum subuh ..


3)Wanita yang hamil ..



4)Wanita yang menyusukan anak ..

keistimewaan islam

1) Memperbaiki KEPERCAYAAN dan memperkuatkan KEYAKINAN atau Akidah kepada Zat Allah yang Maha Esa..

2)Menghapuskan kepercayaan yang lain selain Allah swt..

3)Mengatur cara beribadat kepada Allah SWT..

4)Mengatur cara-cara perhubungan kehidupan manusia..

5)Mengatur hukum-hukum keseksaan / jinayat yang sesuai dengan manusia..

6)Mengatur hukum keadilan kekeluargaan dan keturunan..

7)Mempertinggi akhlak manusia..

8)Mengatur hukum-hukum yang berhubung dengan kebendaan..

BELAJAR AL-QURAN


ASSALAMUALAIKUM . . .

AL-QURAN ialah wahyu ALLAH dan peninggalan Rasulullah SAW yang akan kekal memandu manusia ke jalan yang diredai ALLAH sehingga kiamat . 

KITAB agung yang mengandungi 6236 ayat dan 114 surah ini mencakupi inti pati garis panduan hidup di dunia dan balasan di akhirat , kisah para nabi dan solehin untuk diteladani , hukum-hukum , suruhan , tegahan , dan pelbagai persoalan yang wajib diselami oleh setiap insan Muslim .

                          ~Belajar AL-QURAN~

IBU BAPA AGEN PENTING PERKEMBANGAN OTAK KANAK-KANAK


SALAM . . .

Berdasarkan pelbagai kajian pakar dan para ilmuwan , ibu bapa perlu memastikan anak - anaknya mendapat pendidikan seawal mungkin , khususnya pembelajaran al-Quran . Para ibu bapa juga hendaklah memahami proses pembelajaran si manja yang berkesan seperti melalui rangsangan , belaian , sentuhan , dan sebagainya . 

Interaksi antara ibu bapa dan anak juga merupakan faktor utama yang membantu melahirkan anak pintar serta berkebolehan membaca al-Quran seawal mungkin . Lebih awal ibu bapa berinteraksi dengan anak mereka , lebih bagus untuk perkembangan si anak . 

Ramai anak yang cerdas dan pintar didapati mempunyai ibu bapa yang prihatin terhadap keperluan anak dan sering meluangkan masa untuk berinteraksi dengan mereka . 

>Melalui kenyataan di atas , dapat kita lihat betapa penting dan utamanya peranan ibu bapa dalam mentarbiah anak-anak khususnya menerusi pengajaran al-Quran ini<

SEKIAN . . .

JENIS-JENIS MANDI SUNAT . . .

1) Mandi kerana hendak pergi solat jumaat .

2) Mandi dua hari raya Aidilfitri dan Aidiladha .

3) Mandi selepas mandikan mayat . 


4) Mandi selepad sembuh daripada penyakit gila . 

5) Mandi selepas berbekam . 

6) Mandi kerana hendak irham .

7) Mandi kerana hendak masuk kota Makkah . 

8) Mandi kerana hendak wuquf di Arafah .

                                                #ALLAHUAKBAR#

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGETAHUI KEWUJUDAN ALLAH ?

Kita andaikan begini saudara saudari sekalian , sekiranya kita melihat sebuah kereta yang sedang meluncur laju ,
sudah tentu kita percaya dan yakin bahawa ada pemandu yang memandu kereta tersebut .

Sekiranya tiada pemandu , sudah pasti kereta tersebut tidak akan meluncur dan bergerak dengan baik di atas jalan raya .

Saudara saudari , begitu juga dengan ALLAH , Dia-lah yang menggerakkan matahari , bulan , dan bintang . Dia-lah yang menggantikan malam dan siang serta mencipta semua makhluk di muka bumi ini .

                                                #ALLAHUAKBAR#

Sunday, 5 May 2013

Bismillaahirrahmaanirrahiim


Bismillaahirrahmaanirrahiim 


Hati manusia itu ibarat burung. Apabila terbang tinggi, ia 

akan jauh dari bahaya. 

Semakin tinggi terbangnya, semakin jauh pula dari bahaya. 


Sebaliknya, semakin dekat dengan bumi, semakin besar pula 

bahaya yang mengancamnya.

Terbang tingginya burung dianalogikan dengan “terbangnya”


 jiwa ke hadirat Allah.

Ketika seorang hamba ikhlas dalam pengabdiannya, ketika itu


 pula jiwanya akan melangit, mendekati Dzat Yang 

Mahatinggi. Hatinya menjadi bersih dan bebas dari polusi 

dosa.

Dengan cara apapun, syaitan sulit melepaskan panah-panah 


tipu daya dan kesesatan.

Namun ketika jiwa seorang hamba menukik ke bawah


, menukik ke arah kenikmatan duniawi, sa'at itu pula syaitan 

akan mudah membidikkan panah-panahnya.

Ketidakikhlasan yang melahirkan sikap riya, ujub, takabur


, ataupun ketergantungan yang tinggi kepada makhluknya,

 terlalu 

cinta dunia yang melahirkan keserakahan adalah pertanda


 jiwa seorang hamba telah terkena panah-panah syaitan.

Wednesday, 1 May 2013


Ya Allah ya tuhan ku,

Ampunkan dosa kami ya Allah. Lembutkan hati kami Ya Allah. Tunjukkan kami ke jalan yang benar Ya Allah. Sesungguhnya diriku ini amat mengimpikan syurga Mu Ya Allah. Izinkan kami menginap di dalam syurgaMu Ya Allah. Jauhkan kami dari seksaan nerakaMu. Seesungguhnya aku tak sanggup untuk hadapi seksaan beratMu Ya Allah.

Amin ya robia'lamin

*hentikan pembunuhan bayi!*







Assalamualaikum.


Sebelum admin mahu lelapkan mata admin ingin kongsikan kesedihan admin. Ada 1 pasangan berjumpa dengan mak cik admin, nyatakan hasrat untuk GUGUR kan kandungan dari hasil hubungan haram.

Allahuakhbar.

begitu ramai pasangan yg sudah lama berkahwin begitu impikan zuriat. mereka boleh begitu mudah dengan tidak rasa takut untuk gugur. Cukuplah dengan dosa kamu berzina jangan kamu bunuh bayi yang tidak berdosa itu. Tidak takutkah pada api neraka???

hentikanlah dari membunuh bayi. Sambutkan lah mereka ke dunia ini dengan penuh kesyukuran. Jangan hukum mereka. Berikan mereka peluang. Didik mereka dengan ajaran Islam.

Tidak mustahil suatu hari mereka akan sedekahkan doa ketika kita di alam kubur nanti.

♥ Sambutlah anak itu dengan penuh kesyukuran ♥
*hentikan pembunuhan bayi!*

TURUTI PERINTAH ALLAH SWT...



Yang WAJIB dilakukan ➜ Yang HARAM ditinggalkan
 ➜ Yang MAKRUH dielakkan ➜ Yang SUNAT
 diperbanyakkan ➜ Insyaallah SYURGA tempatnya.








SEDANG KITA LUPA.....

Kita bangga bila pakaian kita cantik dari yang lain...
  Kita selesa bila kita berada di atas dari yang lain...
    Kita teruja bila kita lebih berjaya dari yang lain...
      Kita suka bila kita terima lebih dari yang lain...

                    Sedang kita lupa...

Mungkin pakaian itu tiada untuk yang lain,
     tetapi rezeki pinjaman dari Allah...
Mungkin kedudukan itu bukan untuk yang lain,
     tetapi rezeki pinjaman dari Allah...
Mungkin kejayaan itu belum untuk yang lain,
     tetapi rezeki pinjaman dari Allah...
Mungkin anugerah itu tidak untuk yang lain,
     tetapi rezeki pinjaman dari Allah...

   Tidak salah untuk kita menikmati segala
   pemberianNya dengan tawa dan gembira...

                       Namun...
Jangan sesekali dibiarkan yang lain berduka dan nestapa tanpa terbela...

By : SITI MUNAZAKIAH


Friday, 26 April 2013

sudah terang lagi bersuluh..

Assalamualaikum hamba ALLAH sekalian..semoga dalam keadaan sihat semua...mari kita memahami seketika makna [ surah Luqman : 14 ]

'..Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik terhadap ibu bapanya,ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung sampai akhir menyusukannya)dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun(dengan yang demikian)bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu dan ingatlah kepada Allah jua tempat kembali untuk menerima balasan."
          [surah Luqman: 14]


          ~RENUNGAN UNTUK SEMUA~

Bila mak kata dia teringat,Kita jawab kita sibuk sangat..Bila ayah kata dia rindu,Kita jawab nantilah hujung minggu..Bila mak minta kita pulang,Kita jawab kita belum lapang..Bila ayah minta kita singgah,Kita jawab kerja kita belum sudah..

Bila hati kita terguris,Kita kata..'Mak memang tak pernah faham..'Bila hati ayah kita hiris,kita kata..'Ayah memang tak ambil kisah..'

              Tetapi....

Bila hati mak kita guris,mak kata.'Tak apa,dia masih muda..'Bila hati ayah kita hiris,ayah kata..'Tak mengapa,belum sampai akalnya..'

Bila kita menangis tanda lapar,mak berlari hingga bagai hilang kaki..Bila kita merintih tanda derita,ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena..

Bila kita sedih kerana gagal,mak setia membekalkan cekal..Bila kita pilu kerana kecewa,ayah teguh berkata dia tetap bangga..

sekian..=D

Wednesday, 24 April 2013

CINTA KEPADA-MU

Alhamdulillah..bersyukur kepada Allah kerana memberi peluang kepada saya untuk meneruskan dakwah di blogger..Jom kita sama-sama menghayati secebis dakwah ini..


Duhai sahabat,berhati-hatilah menjaga hati dengan berhati-hati meletakkan cinta di dalamnya.
Jangan di biarkan hati itu dipenuhi oleh cinta yang jahat,buruk,dan "cacat".
Bagaimana benih cinta yang kita tanam dan suburkan dalam jiwa maka begitulah pohon yang akan tumbuh dan berbuah pada fikiran dan seluruh tindakan.
Doa adalah antara ajaran islam terpenting yang menjadi tunjang kepada ajaran akidah islamiah kerana rapatnya hubungan doa dengan kekuasaan Allah SWT.
Doa boleh mengubah persepsi hidup seorang insan daripada seorang yang lemah serta tidak berdaya maju menjadi seorang yang bermotivasi tinggi dan berkerja keras.

SEJAUH MANA KITA MENCINTAI NYA ?

SEJAUH MANA KITA MENCINTAI NYA ?

Assalamualaikum ya sodhikin ? Ayuh kita renung sejenak . . .

 >>Apabila kita mencintai Allah,hakikatnya kita akan memiliki segala-galanya.Inilah cinta yang tidak akan terpisah oleh ruang,jarak,masa,harta dan kematian.<<