Thursday, 23 May 2013

Sebab-seban doa tidak diterima..

1)Mengenali Allah , tetapi tidak menunaikan suruhan - Nya .

2)Mengatakan cintan kepada Rasul Allah , meninggalkan suruhannya.

3)Membaca al-Quram , tetapi tidak beramal dengannya .

4)Makan nikmat Allah , tetapi tidak bersyukur kepada-Nya .

5)Mengatakan syaitan musuhnya , tetapi tidak menentangnya .

6)Mengatakan syurga itu benar , tetapi tidak beramal untuknnya .

7)Mengatakan neraka itu benar , tetapi tidak lari daripadanya .

8)Mengatakan mati itu benar , tetapi tidak bersedia untuknya .

9)Bangun daripada tidur lalu menceritakan segala keaiban manusia , tetapi melupakan keaiban diri sendiri .

10)Mengebumikan mayat-mayat (sahabat-sahabat) tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka . 
                  
                           ~untuk peringatan bersama~

Qada puasa..

Golongan yang WAJIB Qada Puasa....


1)Orang sakit yang ada harapan sembuh . 

2)Orang yang bermusafir (bukan kerana maksiat) melebihi dua marhalah .

3)Orang yang kedatangan haid dan nifas . 

4)Orang yang meninggalkan niat puasa . 

5)Orang yang sengaja  melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa .

6)Orang yang pitam / mabu ksewaktu bulan Ramadan .

7)Orang yang sangat lapar dan dahaga yang tidak membolehkannya berpuasa Ramadan .

                  
                           ~untuk peringatan bersama~

Mencelup Kaki ke Dalam Kolam..

assalamualaikum saudara saudari sekalian...,


Suatu kesilapan yang sering berlaku dalam masyarakat kita , khususnya di kalangan orang melayu ialah menggangap bahawa mencelupkan kaki ke dalam kolam masjid itu salah . Sebenarnya tiap-tiap air yang lebih daripada dua qullah tidak mengandungi najis berdasarkan satu hadis Rasulullah SAW ,

 maksudnya : ''Apabila air sampai dua qullah , maka ia tidak mengandungi sebarang kekotoran najis.''

Berdasarkan hadis ini , maka tidak salah mencelupkan kaki ke dalam kolam selagi air kolam itu melebihi dua qullah dan airnya tidak berubah . Hadis itu juga menerangkan sekiranya najis termasuk ke dalamnya dan air itu tidak berubah , maka air itu masih lagi dianggap suci lagi menyucikan . 

                  
                           ~untuk pengetahuan bersama~

puasa pada bulan ramadan..

Golongan Yang Terkecuali Berpuasa....

1)Orang yang sakit kerana sekiranya ia berpuasa akan menyebabkan bertambah mudarat atau penyakitnya lambat sembuh ..


2)Orang yang sedang dalam perjalanan yang lebi daripada 56 batu / 91 km . Kalau tidak menyusahkan boleh meneruskan puasa - Ini lebih baik dengan syarat , mula bertolak sebelum subuh ..


3)Wanita yang hamil ..



4)Wanita yang menyusukan anak ..

keistimewaan islam

1) Memperbaiki KEPERCAYAAN dan memperkuatkan KEYAKINAN atau Akidah kepada Zat Allah yang Maha Esa..

2)Menghapuskan kepercayaan yang lain selain Allah swt..

3)Mengatur cara beribadat kepada Allah SWT..

4)Mengatur cara-cara perhubungan kehidupan manusia..

5)Mengatur hukum-hukum keseksaan / jinayat yang sesuai dengan manusia..

6)Mengatur hukum keadilan kekeluargaan dan keturunan..

7)Mempertinggi akhlak manusia..

8)Mengatur hukum-hukum yang berhubung dengan kebendaan..

BELAJAR AL-QURAN


ASSALAMUALAIKUM . . .

AL-QURAN ialah wahyu ALLAH dan peninggalan Rasulullah SAW yang akan kekal memandu manusia ke jalan yang diredai ALLAH sehingga kiamat . 

KITAB agung yang mengandungi 6236 ayat dan 114 surah ini mencakupi inti pati garis panduan hidup di dunia dan balasan di akhirat , kisah para nabi dan solehin untuk diteladani , hukum-hukum , suruhan , tegahan , dan pelbagai persoalan yang wajib diselami oleh setiap insan Muslim .

                          ~Belajar AL-QURAN~

IBU BAPA AGEN PENTING PERKEMBANGAN OTAK KANAK-KANAK


SALAM . . .

Berdasarkan pelbagai kajian pakar dan para ilmuwan , ibu bapa perlu memastikan anak - anaknya mendapat pendidikan seawal mungkin , khususnya pembelajaran al-Quran . Para ibu bapa juga hendaklah memahami proses pembelajaran si manja yang berkesan seperti melalui rangsangan , belaian , sentuhan , dan sebagainya . 

Interaksi antara ibu bapa dan anak juga merupakan faktor utama yang membantu melahirkan anak pintar serta berkebolehan membaca al-Quran seawal mungkin . Lebih awal ibu bapa berinteraksi dengan anak mereka , lebih bagus untuk perkembangan si anak . 

Ramai anak yang cerdas dan pintar didapati mempunyai ibu bapa yang prihatin terhadap keperluan anak dan sering meluangkan masa untuk berinteraksi dengan mereka . 

>Melalui kenyataan di atas , dapat kita lihat betapa penting dan utamanya peranan ibu bapa dalam mentarbiah anak-anak khususnya menerusi pengajaran al-Quran ini<

SEKIAN . . .